Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Hari Malaysia 2023 10 Pegawai Dan Anggota Pancaragam Pusat Pdrm Ke Jakarta Sempena Upacara Menaikkan Jalur Gemilang

Diterbitkan: 18 Sep 2023 10.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Jakarta, 18 September 2023 – Seramai 10 anggota PANCARAGAM Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijemput dalam upacara menaikkan Jalur Gemilang di Kedutaan Besar Malaysia dekat sini, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-hari-malaysia-2023-10-pegawai-dan-anggota-pancaragam-pusat-pdrm-ke-jakarta-sempena-upacara-menaikkan-jalur-gemilang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:46 MYT
Posting Pilihan Hari Malaysia 2023 10 Pegawai Dan Anggota Pancaragam Pusat Pdrm Ke Jakarta Sempena Upacara Menaikkan Jalur Gemilang
Laman Utama / Artikel / Posting Pilihan Hari Malaysia 2023 10 Pegawai Dan Anggota Pancaragam Pusat Pdrm Ke Jakarta Sempena Upacara Menaikkan Jalur Gemilang
Kembali ke Pustaka
Artikel

Posting Pilihan Hari Malaysia 2023 10 Pegawai Dan Anggota Pancaragam Pusat Pdrm Ke Jakarta Sempena Upacara Menaikkan Jalur Gemilang

Jakarta, 18 September 2023 – Seramai 10 anggota PANCARAGAM Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijemput dalam upacara menaikkan Jalur Gemilang di Kedutaan Besar...
Jakarta, 18 September 2023 – Seramai 10 anggota PANCARAGAM Pusat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijemput dalam upacara menaikkan Jalur Gemilang di Kedutaan Besar Malaysia dekat sini, kelmarin.

Majlis yang dihadiri kira-kira 300 warga Malaysia di negara jiran itu telah disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin pegawai kedutaan dan wakil tetap ke ASEAN.

Tujuan majlis tersebut diadakan sebagai menghayati sejarah penubuhan persekutuan Malaysia selain mengekalkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia.

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi itu telah dimulakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, ‘Negaraku’ dengan diiiringi Pancaragam Pusat PDRM yang diketuai oleh Ketua Pengarah Muzik PDRM, Superintendan Mohd Syahmi Daim Abdullah.

ArtikelDiterbitkan 18 Sep 2023 10.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM