Artikel
Posting Pilihan Hari Kebangsaan Ke 66 Konvoi Madani Ride Pdrm Dan Isbc Tiba Di Kontinjen Pulau Pinang
Georgetown, 21 Ogos 2023 - Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Bike's Club (ISBC) sempena Peringatan Hari Polis ke-216 dan Bulan...
Georgetown, 21 Ogos 2023 - Konvoi Madani Ride Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Super Bike's Club (ISBC) sempena Peringatan Hari Polis ke-216 dan Bulan Kemerdekaan Tahun 2023 yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam selaku Penasihat Jawatankuasa Program, CP Dato' Sri Hazani Ghazali telah tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, semalam.
Ketibaan mereka telah disambut oleh Ketua Polis negeri, CP Dato' Khaw Kok Chin.
Turut berlangsung sesi penyampaian sumbangan barangan keperluan asas kepada 10 golongan asnaf dari kalangan warga PDRM kontinjen Pulau Pinang.
Hadir sama, Ketua Cawangan Khas, SAC Winston Tan Thye Wah, Pengerusi ISBC, Encik Chia Poh Huat, barisan Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah Kontinjen Pulau Pinang serta ahli ISBC.
Sumber: PDRM Pulau Pinang