
Article
Posting Pilihan Eksklusif Pgu Pangkalan Semenanjung Lakukan Penerbangan Ihsan Bawa Keluar Mayat Mangsa Lemas Di Pulau Redang
Sumber: Pasukan Gerakan Udara
Kuala Terengganu, 2 Disember 2023 - Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung melakukan penerbangan ihsan membantu membawa keluar jasad seorang lelaki yang ditemui terdampar dan dipercayai lemas di Pantai Pulau Redang, di sini, kelmarin.
Krew PGU yang diketuai Juruterbang Pesawat, Superintendan Shaifuddin Mohd Noor dibantu juruterbang ASP Hj. Mohammad Firdaus Rosli bersama Pemerhati Udara, Sarjan Rahman Muhamad Yusoff, Sarjan Mohamad Syaufiq Hamdan dan Sarjan Nor Airie Mohd Nasir yang membawa jasad mangsa lemas tersebut dari Pulau Redang ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu menggunakan helikopter AW139.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa dan semoga mereka tabah menghadapi detik mendukacitakan tersebut.
Sumber: Pasukan Gerakan Udara