Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Eh Si Comel Buat Apa Dalam Enjin Kereta Abang Polis

Published: 22 Jan 2020 1.57 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seekor anak kucing yang terperangkap dalam enjin kereta seorang Pegawai Kanan Polis di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak, bernasib baik apabila ia berjaya diselamatkan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-eh-si-comel-buat-apa-dalam-enjin-kereta-abang-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:05 MYT

Seekor anak kucing yang terperangkap dalam enjin kereta seorang Pegawai Kanan Polis di Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta, Perak, bernasib baik apabila ia berjaya diselamatkan.

Dalam kejadian pada minggu lalu itu, Inspektor Gerakan Batalion 1 PGA, Inspektor Mohd Syukri Abdul Talib yang sedang dalam perjalanan dari rumahnya di Bidor ke Ulu Kinta terdengar bunyi kucing pada bahagian dalam kenderaannya.

Atas dasar prihatin, beliau telah membuat pemeriksaan sebelum terlihat seekor anak kucing yang comel terperangkap di bahagian hadapan kenderaanya.

Dengan bantuan rakan-rakan pejabat, anak kucing tersebut berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum diberi makan dan tempat tinggal yang selesa.

Terima kasih Tuan Mohd Syukri dan rakan-rakan kerana berjaya menyelamatkan detik cemas anak kucing tersebut. Semoga si comel membesar dengan sihat dan kuat!

Image may contain: 1 person
ArticlePublished 22 Jan 2020 1.57 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM