Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Dua Anggota Polis Baik Hati Bantu Selamatkan Kucing Tercedera

Published: 15 Jul 2020 9.09 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seorang pelayar Twitter yang menggunakan nama Sumaeya telah berkongsi kisah dua anggota polis membantu menyelamatkan seekor kucing yang dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan, malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-dua-anggota-polis-baik-hati-bantu-selamatkan-kucing-tercedera
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:09 MYT

Seorang pelayar Twitter yang menggunakan nama Sumaeya telah berkongsi kisah dua anggota polis membantu menyelamatkan seekor kucing yang dipercayai telah dilanggar oleh kenderaan, malam tadi.

Menurut Sumaeya, beliau yang baru pulang kerja pada lewat malam terserempak dengan seekor kucing yang berada di tengah jalan. Tanpa berfikir panjang, beliau terus mendekati haiwan tersebut sebelum mendapati ia mengalami kecederaan dan tidak mampu bergerak.

Dalam keadaan beliau buntu mendapatkan bantuan, secara kebetulan sebuah kereta peronda MPV melalui jalan berkenaan dan anggota polis bertugas segera memberhentikan kenderaan dan turun melihat keadaan kucing tersebut.

Tanpa membuang masa, seorang daripada anggota berkenaan segera membuat panggilan telefon dan lebih kurang sejam kemudian, seorang kenalan mereka hadir ke lokasi bagi membawa kucing tersebut untuk mendapatkan rawatan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Koperal Mohd Hafiz Basiron dan Koperal/S Rahimi Mufzan Ahmad Tarmizi dari Balai Polis USJ, Subang Jaya, Selangor atas bantuan dan keprihatinan mereka membantu menyelamatkan nyawa haiwan berkenaan. Moga kebaikan kalian diberi ganjaran yang setimpal olehNya.

PS: Kucing bernama Picu itu kini berada dalam keadaan baik selepas diberi rawatan di Klinik Veterinar Subang Jaya.

Sumber: Twitter @nssfeaa

No photo description available.
No photo description available.
Image may contain: text and outdoor
Image may contain: car and outdoor
Image may contain: one or more people and outdoor
Image may contain: one or more people, shoes, outdoor and text
Image may contain: one or more people, people standing, text and outdoor
Image may contain: one or more people, people sitting, child, outdoor and text
Image may contain: one or more people, people standing, night, car and text
ArticlePublished 15 Jul 2020 9.09 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM