
Article
Posting Pilihan Detektif Cilik Teruja Kenali Dunia Polis
Keterujaan jelas terpancar pada wajah 26 murid Tadika Kemas Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin yang berpeluang menyelami dunia kepolisan dalam satu program lawata...
Keterujaan jelas terpancar pada wajah 26 murid Tadika Kemas Jabatan Kerja Raya (JKR) Rompin yang berpeluang menyelami dunia kepolisan dalam satu program lawatan sambil belajar di Balai Polis Kuala Rompin, Rompin, Pahang, pagi tadi.
Warga balai yang diketuai Timbalan Ketua Polis Balai, Sarjan Mejar Mohd Norazrizam Mohd Yusof menyambut mesra kehadiran ‘detektif-detektif cilik’ itu yang begitu teruja untuk mengenali lebih dekat tugas dan tanggungjawab anggota polis.
Mereka yang hadir bersama guru pengiring berpeluang melihat aset kenderaan, mengenali tugas di Unit Kaunter Balai dan lokap serta menyaksikan demonstrasi senjata sebagai pendedahan tentang peranan polis menjaga keselamatan awam.
Pengalaman sebegini bukan sahaja membuka minda kanak-kanak terhadap profesion kepolisan, malah turut memupuk nilai disiplin, tanggungjawab dan semangat kerjasama sejak usia muda.
Sumber: Polis Daerah Rompin


