Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Delegasi Perkep Malaysia Buat Kunjungan Hormat Kepada Pengerusi Kelab Badminton Seri Murni

Published: 07 Oct 2024 2.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ayer Keroh, 7 Oktober 2024 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga Pengerusi Kelab Badminton Seri Murni (KBSM), Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Abdul Rahman di Istana Melaka, Bukit Beruang, di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-delegasi-perkep-malaysia-buat-kunjungan-hormat-kepada-pengerusi-kelab-badminton-seri-murni
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:20 MYT
Ayer Keroh, 7 Oktober 2024 - Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman mengadakan kunjungan hormat kepada isteri Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga Pengerusi Kelab Badminton Seri Murni (KBSM), Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Abdul Rahman di Istana Melaka, Bukit Beruang, di sini.

Kunjungan hormat tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan di atas penganjuran perlawanan persahabatan badminton diantara PERKEP Malaysia dan KBSM.

Dalam kunjungan tersebut, Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah berharap perlawanan persahabatan badminton di antara PERKEP Malaysia dengan KBSM dapat diteruskan di masa akan datang untuk mengekalkan kerjasama yang lebih erat diantara kedua-dua persatuan.

Turut hadir, Pengerusi PERKEP Jabatan Logistik dan Teknologi, Datin Seri Nor Aidila Abdul Majid, Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah, Datin Sri Ennie Salina Roseli, Naib Pengerusi PERKEP  Melaka, Datin Shahida Salleh dan para pegawai kanan polis serta ahli-ahli PERKEP Kontinjen Melaka.

Sumber: PERKEP Malaysia
 
 
ArticlePublished 07 Oct 2024 2.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM