Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Dcp Dato Khalil Azlan Diberi Penghormatan Rasmi Balai Polis Melor

Published: 14 Mar 2022 6.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 14 Mac 2022 - Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri (KDN), DCP Dato’ Khalil Azlan Chik diberi penghormatan untuk merasmikan Balai Polis Melor, Kota Bharu, Kelantan, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-dcp-dato-khalil-azlan-diberi-penghormatan-rasmi-balai-polis-melor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:26 MYT
Kota Bharu, 14 Mac 2022 - Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah, Kementerian Dalam Negeri (KDN), DCP Dato’ Khalil Azlan Chik diberi penghormatan untuk merasmikan Balai Polis Melor, Kota Bharu, Kelantan, di sini, semalam.

Terdahulu ketibaan Dato’ Khalil Azlan yang disambut oleh Timbalan Ketua Polis Kelantan, DCP Dato’ Muhamad Zaki Harun telah membuat pemeriksaan baris ke atas Kawalan Kehormatan Utama sebelum dibawa ke hadapan balai untuk menandatangani plak sebagai gimik perasmian.

Mengimbau sejarah penubuhannya, pada 1 Januari 1968 Pondok Polis Peringat telah diwujudkan dan ia telah dinaik taraf menjadi Balai Polis Melor pada 26 Mac 1984. Balai yang diletakkan di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Sarjan Mejar serta dibantu oleh seramai 14 orang Pegawai Rendah Polis termasuk seorang kakitangan awam.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik), Bahagian Dasar Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, SAC Nor Ashikin Abdul Razak, Ketua-ketua Jabatan Kontinjen Kelantan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai kanan PDRM, ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis (PEREKP) dan wakil-wakil media.


May be an image of 3 people, people standing, military uniform, outdoors and text

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 6 people, people standing and text
ArticlePublished 14 Mar 2022 6.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM