
Posting Pilihan Damailah Disana Wirasandakan
Terima kasih Saudara Abam Botak atas perkongsian pengalaman dan bantuan dalam pengurusan jenazah Anggota Batalion 15, Pasukan Gerakan Am (PGA) Sandakan, Sabah, Allahyarham Koperal Asman Ongkal, semalam.
Allahyarham Koperal Asman ditemukan lemas di perairan bandar Sandakan selepas membantu menyelamatkan penumpang bot karam akibat terlanggar bot tunda yang sedang menunda sebuah bot kecil.
Jenazah Allahyarham Koperal Asman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Baru Batu 11, Sandakan, pada 3.50 petang semalam.
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mendoakan semoga roh Allahyarham Koperal Asman ditempatkan bersama para syuhada dan golongan beriman.
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـن ِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّ.حِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#WiraSandakan
#16022020