Artikel
Posting Pilihan Dadah Bernilai Rm14 Juta Dirampas Pasangan Suami Isteri Antara Lima Ditahan
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 - Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah telah ditahan polis dalam op...
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 - Lima individu termasuk sepasang suami isteri yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah telah ditahan polis dalam operasi berasingan di sekitar Gombak serta Wangsa Maju pada Isnin dan Selasa lepas.
Pasangan itu ditahan di sebuah rumah teres sekitar Batu Caves, Selangor dan pemeriksaan polis menemukan 197 bungkusan plastik berisi dadah disyaki Ketamin seberat kira-kira 200 kilogram serta 121 bungkusan plastik dadah Metamfetamina seberat 125 kilogram, dengan jumlah keseluruhan dianggarkan bernilai RM14 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, susulan tangkapan itu, pihaknya menahan tiga lelaki di kawasan parkir sebuah kondominium sekitar Wangsa Maju.
“Siasatan awal mendapati lelaki yang ditahan di Batu Caves, Selangor berperanan sebagai penjaga stor dan wanita terbabit adalah isterinya manakala seorang lagi lelaki berperanan sebagai koordinator manakala dua lelaki yang ditahan merupakan rakan sekutu sindiket terbabit,” katanya semasa sidang media hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
