
Artikel
Posting Pilihan Breaking Chains 2205 Mesyuarat Dua Hala Antara Jsjk Dan Polis Diraja Brunei
Seoul, 13 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Polis Diraja B...
Seoul, 13 November 2025 – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Rusdi Mohd Isa telah mengadakan mesyuarat dua hala bersama Polis Diraja Brunei bersempena forum “Breaking Chains” yang berlangsung di Korea National Police Agency, Republik Korea pada 11 November 2025.
Mesyuarat tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi penguat kuasa serta membincangkan potensi kolaborasi dalam menangani jenayah penipuan atas talian, khususnya yang bersifat rentas sempadan.
Turut hadir, Penolong Pesuruhjaya Polis, Polis Diraja Brunei, Haji Azree Haji Manap,
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bahagian Siasatan Jenayah Siber, Pengiran Anak Haji Azanuddin Aman Shah Pengiran Anak Ismail Al-Haj dan Penolong Pengarah Jenayah Siber JSJK Bukit Aman, Superintenden Madhavan Nair Unni Krishnan.