Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POSTING PILIHAN: BANGLO JADI STOR DADAH BERNILAI LEBIH RM37 JUTA

Diterbitkan: 26 Jan 2026 3.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.58 PM
Ipoh, 23 Januari 2026 - Taktik sindiket menyewa banglo di kawasan elit di sini untuk dijadikan stor penyimpanan dadah terbongkar dengan penahanan dua individu termasuk seorang wanita dalam serbuan melibatkan rampasan dadah bernilai RM37.3 juta, Jumaat lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-banglo-jadi-stor-dadah-bernilai-lebih-rm37-juta-20260126
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:28 MYT
 
Ipoh, 23 Januari 2026 - Taktik sindiket menyewa banglo di kawasan elit di sini untuk dijadikan stor penyimpanan dadah terbongkar dengan penahanan dua individu termasuk seorang wanita dalam serbuan melibatkan rampasan dadah bernilai RM37.3 juta, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30-an dan tidak bekerja itu ditahan dalam operasi melibatkan JSJN Bukit Aman dan kontinjen Perak.

Beliau berkata pemeriksaan menemukan Methamphetamine seberat 843.33 kilogram (kg) serta cecair dan serbuk disyaki bahan kimia dengan anggaran berat 679.22 kg termasuk pelbagai peralatan memproses dadah.

"Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan tempat letak kereta di banglo itu turut menemukan sebanyak 618.24 kg bahan yang telah diproses menjadi ketulan simen.
"Analisis yang dibuat mendapati bahan itu mengandungi dadah jenis MDMA (Methyleneddioxymethamphetamine)," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
 https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber : Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM dan BERNAMA

May be an image of text

May be an image of dais and text

May be an image of text that says 'TΑBΑΤΔΗ BATANSIASATAN SIASATAN NARKOTIK IDANG BILCIA WALTSEA আ MEDIA H CD DATO' HUSSIEN OMΑΓ QMAPIAN HAN P

May be an image of ‎text that says '‎森 S แนภย מחוש 安 RMM សង្ត/.ូ RMH1426 19/01/2 S Wr6 RMH שבןישורי 18/01/26 RARS 11/

May be an image of ‎text that says '‎DIA MAR MARKU K ARKOTIK 0 고(학산 L لسنة 2海 ウセト raletia ١ ਹ jsjnpdrmofficial jsjnpdrm_ official
ArtikelDiterbitkan 26 Jan 2026 3.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 6.58 PM