Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Awasi Lampu Dan Tanda Jalan Ketika Melalui Kawasan Habitat Gajah

Diterbitkan: 12 May 2025 8.34 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.02 PM
Kemalangan melibatkan seekor anak gajah dengan sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam masih terkesan dalam hati setiap rakyat Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-awasi-lampu-dan-tanda-jalan-ketika-melalui-kawasan-habitat-gajah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:12 MYT
Kemalangan melibatkan seekor anak gajah dengan sebuah lori di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli semalam masih terkesan dalam hati setiap rakyat Malaysia.

Lebih menyedihkan apabila si ibu langsung tidak berganjak dari tempat kejadian dengan harapan anaknya kembali hidup.

Kejadian seperti itu mungkin dapat dielakkan jika pengguna jalan raya memberi lebih perhatian apabila melalui jalan yang merupakan kawasan habitat spesis mamalia darat terbesar itu.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia bersama Kementerian Kerja Raya Malaysia melalui Jabatan Kerja Raya negeri dan daerah telah memasang lampu jalan di 39 lokasi laluan atau lintasan gajah liar.

Turut dipasang tanda jalan bagi memberi amaran kepada pemandu kenderaan agar mengurangkan kelajuan supaya tidak melanggar, mencedera atau membunuh gajah tersebut.

Ingatlah, anda melalui kawasan 'rumah' mereka. Hormati alam sekitar dan bersama kita bantu melindungi spesies terancam itu.


May be an image of ‎slow loris and ‎text that says '‎נחל AWAS KAWASANL LINTASAN HIDUPANLIAR LIAR 感用店味商 Ku 净抑加 NA Papan tanda LED g

May be an image of slow loris and text that says 'AWAS GAJAH MELINTAS'

May be an image of slow loris and text that says '6A Http: wildlife wildlife.gov.my AWAS KAWASAN GAJAH LIAR! 1. Jangan Cemas. 2. Jangan Hon. 3. Berhenti, b

May be an image of slow loris, elephant and text that says 'KAWASAN HOT GAJAH MELINTAS Jalan Raya Timur-Barat Jalan Gua Musang Hulu Terengganu Jalan Mersin

May be an image of grass and text

May be an image of rhinoceros, road and text

ArtikelDiterbitkan 12 May 2025 8.34 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.02 PM