Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Atlet Sukan Kuda Lasak Pdrm Terus Lakar Sejarah Di Kejohanan Endurance Piala Mb Terengganu 2022

Published: 15 Mar 2022 2.31 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setiu, 15 Mac 2022 - Atlet sukan kuda lasak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus melakar kecemerlangan sekaligus mencatat sejarah dengan menggondol kesemua tempat utama pertandingan dalam Kejohanan Endurance Piala Menteri Besar (MB) Terengganu di International Endurance Park, Lembah Bidong di sini, bermula Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-atlet-sukan-kuda-lasak-pdrm-terus-lakar-sejarah-di-kejohanan-endurance-piala-mb-terengganu-2022
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:32 MYT

Setiu, 15 Mac 2022 - Atlet sukan kuda lasak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus melakar kecemerlangan sekaligus mencatat sejarah dengan menggondol kesemua tempat utama pertandingan dalam Kejohanan Endurance Piala Menteri Besar (MB) Terengganu di International Endurance Park, Lembah Bidong di sini, bermula Jumaat lalu.

Sarjan Samsudin Abu Hasan yang menunggang kuda 'Lord Reza' berjaya menjadi johan keseluruhan pertandingan apabila mencatat masa tiga jam 12 minit 48 saat diikuti Sarjan Mansyor Lanusa sebagai naib johan dengan catatan masa tiga jam 16 minit dan 46 saat serta Lans Koperal Muhammad Rais Che Johari di tempat ketiga selepas ketinggalan hanya 10 saat di belakang rakan sepasukannya.

Menerusi kejohanan tahun ini, atlet sukan kuda lasak dari rakan badan beruniform lain serta kelab persendirian turut mengambil bahagian. Antaranya, Angkatan Tentera Malaysia dan kelab-kelab ekuestrian dari dalam dan luar negara.


May be an image of 1 person, standing and horse

May be an image of 4 people, people standing, horse and outdoors

May be an image of 2 people, people standing and outdoors

May be an image of 6 people, people riding horses, people standing, horse and outdoors

May be an image of 8 people, people riding horses, people standing, horse and outdoors

May be an image of 5 people, people riding horses, people standing, horse and outdoors

May be an image of 6 people, people standing, horse and outdoors

ArticlePublished 15 Mar 2022 2.31 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM