Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Anggota Polis Parah Ditetak

Published: 01 Mar 2023 2.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Georgetown, 1 Mac 2023 - Anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah di dahi dan kepala selepas ditetak seorang lelaki yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR), dalam kejadian di Lengkok Angsana, Air Itam di sini malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-anggota-polis-parah-ditetak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:46 MYT
Georgetown, 1 Mac 2023 - Anggota polis berpangkat Lans Koperal cedera parah di dahi dan kepala selepas ditetak seorang lelaki yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR), dalam kejadian di Lengkok Angsana, Air Itam di sini malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato’ Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, sepasukan polis menjalankan SJR di hadapan Balai Polis Bandar Baru, di sini sebelum mendapati seorang lelaki yang menunggang sebuah motosikal bertindak berpatah balik ketika menghampiri sekatan tersebut.

"Ketua balai tersebut mengarahkan dua anggota polis mengekori motosikal berkenaan sebelum berjaya menahannya kira-kira 150 meter dari SJR dan lelaki berusia 33 tahun tersebut bertindak membuat provokasi ke atas anggota terbabit.

"Suspek secara tiba-tiba telah mengambil sebilah pisau pemotong daging terdapat di atas meja hadapan sebuah rumah teres di kawasan itu sebelum menyerang Lans Koperal tersebut dengan menetaknya di bahagian kepala serta dahi," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke atas anggota cedera itu yang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2168989

ArticlePublished 01 Mar 2023 2.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM