Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Al Fatihah Salam Takziah Buat Keluarga Kpn Atas Pemergian Nenda Tercinta

Published: 07 May 2024 4.55 AM Updated: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kuala Pilah, 7 Mei 2024 - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain yang kehilangan nenda tercinta, Allahyarhamah Ijah Abob kerana sakit tua, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-al-fatihah-salam-takziah-buat-keluarga-kpn-atas-pemergian-nenda-tercinta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Kuala Pilah, 7 Mei 2024 - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain yang kehilangan nenda tercinta, Allahyarhamah Ijah Abob kerana sakit tua, semalam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Ahmad Dzaffir Mohd Yussof telah hadir menziarahi keluarga IG Tan Sri Razarudin Husain dan isteri, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Zainah Othman di Tanjung Ipoh, di sini.
Jenazah Allahyarhamah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Mainau, jam 10 malam hari sama.
Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Hj. Mohd Gani, Pegawai Turus Pentadbiran, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, DSP Hasnul Hady Mohd Nawi dan para pegawai polis Kontinjen Negeri Sembilan.
Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.

Sumber: Polis Negeri Sembilan

ArticlePublished 07 May 2024 4.55 AMUpdated 15 Aug 2026 8.15 PM