Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Aidiladha Sempadan Negara Dipantau Ketat

Published: 28 May 2026 12.13 PM Updated: 15 Aug 2026 6.44 PM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM), terus memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan darat dan laut negara sepanjang musim perayaan Aidiladha.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-aidiladha-sempadan-negara-dipantau-ketat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:37 MYT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Polis Diraja Malaysia, khususnya Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Polis Marin terus memperkukuh kawalan keselamatan di sempadan darat dan laut negara sepanjang musim perayaan Aidiladha.

Melalui pelaksanaan Op Tiris, Op Taring, rondaan sempadan, sekatan jalan raya serta pemantauan laluan tikus, tindakan penguatkuasaan terus dipergiat bagi membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi yang berpotensi menjejaskan keselamatan serta ekonomi negara.

Pemantauan turut dipertingkatkan di kawasan sempadan Malaysia–Thailand dan Malaysia–Indonesia, termasuk kawasan perairan berisiko tinggi yang sering menjadi laluan sindiket rentas sempadan menjalankan kegiatan penyeludupan.

Kerajaan komited untuk terus memperkukuh keselamatan sempadan negara demi melindungi subsidi rakyat serta mengekang ketirisan yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

ArticlePublished 28 May 2026 12.13 PMUpdated 15 Aug 2026 6.44 PM