Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan 9 Pegawai Dan Anggota Trafik Bantu Mangsa Terperangkap Dalam Kemalangan Kereta

Diterbitkan: 31 Jan 2020 2.49 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Warga netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat atas usaha mengeluarkan dua beradik yang terperangkap dalam satu kemalangan kereta di Kilometer 7, Jalan Bukit Pasir-Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor, petang tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-9-pegawai-dan-anggota-trafik-bantu-mangsa-terperangkap-dalam-kemalangan-kereta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:58 MYT

Warga netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat atas usaha mengeluarkan dua beradik yang terperangkap dalam satu kemalangan kereta di Kilometer 7, Jalan Bukit Pasir-Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor, petang tadi.

Kesemua pegawai dan anggota trafik berkenaan bertungkus lumus mengawal lalu lintas serta mengeluarkan mangsa-mangsa tersebut selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam tali air.

Orang ramai yang berada di lokasi kejadian turut sama membantu mengeluarkan mangsa dan kenderaan berkenaan.

Namun demikian, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi sedang menerima rawatan di hospital.

Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa dan semoga mereka tabah dengan dugaan yang dihadapi. Al-Fatihah.

Sumber gambar: FB Dino Daniel LJ

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#31012020

Image may contain: one or more people, outdoor and nature
ArtikelDiterbitkan 31 Jan 2020 2.49 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM