Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan 120 Kes Kemalangan Maut 2023 Jun 2026 Akibat Pemandu Mabuk Bawah Pengaruh Dadah

Published: 31 Jul 2026 3.35 AM Updated: 21 Aug 2026 4.43 PM
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 - Sebanyak 120 kes kemalangan maut yang direkodkan dalam tempoh empat tahun sejak 2023 hingga Jun 2026, adalah berpunca daripada pemandu mabuk dan bawah pengaruh dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-120-kes-kemalangan-maut-2023-jun-2026-akibat-pemandu-mabuk-bawah-pengaruh-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
 
Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 - Sebanyak 120 kes kemalangan maut yang direkodkan dalam tempoh empat tahun sejak 2023 hingga Jun 2026, adalah berpunca daripada pemandu mabuk dan bawah pengaruh dadah.

Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, sebanyak 94 kes membabitkan pemandu bawah pengaruh dadah dan baki 26 lagi mabuk.

Pengarah JSPT, CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali berkata, pihaknya amat serius terhadap langkah penguatkuasaan berterusan dalam mengesan pengguna jalan raya yang didapati mabuk dan terbabit penyalahgunaan dadah.

"Memang tiap-tiap minggu saya keluarkan arahan kepada semua pegawai dan anggota JSPT untuk sentiasa melaksanakan Op Mabuk, tiada kontinjen yang terkecuali.

"Berdasarkan statistik JSPT, kami mendapati kemalangan akibat pemandu mabuk banyak terjadi, jadi kami meningkatkan lagi operasi penguatkuasaan, termasuk sekatan jalan raya.

"Kami mendapati ramai pengguna jalan raya masih tidak sedar bahaya memandu dalam keadaan mabuk dan bawah pengaruh dadah.

"Ia bermakna sama ada kesalahan pemandu mabuk dan bawah pengaruh dadah ini berpunca daripada pemandu sendiri, ataupun undang-undang kita ini masih dianggap ringan sehingga kesalahan mabuk dan pengaruh dadah masih terus berlaku," katanya pada sidang media di Bukit Aman, semalam.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut; https://www.bharian.com.my/.../120-kes-kemalangan-maut...

Sumber: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan Berita Harian

May be an image of text

May be an image of one or more people, newsroom and text

May be an image of one or more people, people studying, newsroom and text

May be an image of text that says 'JABA PENG AWANI astro JNT VG'
ArticlePublished 31 Jul 2026 3.35 AMUpdated 21 Aug 2026 4.43 PM