Polis Terus Tingkat Kawalan Di Sempadan
Polis
terus meningkatkan penguatkuasaan di kawasan sempadan Sarawak dan
Indonesia bagi menangani pergerakan aktiviti jenayah merentasi sempadan
termasuk dadah dan senjata api yang diseludup masuk melalui jalan tikus dan gajah di negeri ini.
Timbalan
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinnin berkata, walaupun
laporan yang diterima menunjukkan jenayah rentas sempadan tidak
membimbangkan, namun pihaknya tidak akan menutup mata terhadap sebarang
aktiviti jenayah di kawasan tersebut.
Beliau
mendedahkan, pihaknya akan memberi perhatian serius dari aspek kawalan
keselamatan di kawasan tikus dan gajah yang wujud di negeri ini.
Sumber: Borneo Post Online
