Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Terus Banters Judi Siber

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.26 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Operasi oleh sepasukan polis dari Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu dijalankan di Pusat Komersil Central Park di sini dari jam 12 tengah mal..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terus-banters-judi-siber
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:36 MYT

KUCHING: Kegiatan perjudian siber terus dibanteras dengan sebuah lagi premis diserbu serta 11 buah komputer dirampas dalam satu operasi, awal pagi semalam.

Operasi oleh sepasukan polis dari Unit Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching itu dijalankan di Pusat Komersil Central Park di sini dari jam 12 tengah malam kelmarin hingga 1 pagi semalam.

Menurut jurucakap polis, dalam operasi tersebut, sebuah premis diserbu dengan 10 lelaki tempatan ditahan yang terdiri daripada seorang pekerja dan sembilan pelanggan berusia antara 20 dan 50 tahun.

“Pihak polis turut merampas 11 buah komputer selain menahan kesemua pekerja dan pelanggan dari premis tersebut untuk disoal siasat,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Mesin Perjudian Berkomputer).

Sementara itu, pasukan D7 tersebut juga menahan tiga lelaki tempatan atas kesalahan menceroboh tanah di Kampung Gobilt di sini petang kelmarin.

Selain itu, turut dirampas sebuah lori yang penuh dengan muatan (tanah) untuk membantu siasatan.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki berkenaan yang terdiri daripada dua pemandu lori dan seorang pemandu jentera berat berusia antara 30 dan 50 tahun.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Sumber : Utusan Borneo

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.26 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM