Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Terengganu Jalin Kerjasama Dengan Badan Sukarela

Published: 10 Jul 2015 1.43 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 10 Julai - Polis Terengganu menjalin kerjasama dengan beberapa badan sukarela untuk mengawal jenayah selain meningkatan operasi dan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, kata Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-terengganu-jalin-kerjasama-dengan-badan-sukarela
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:01 MYT


Kuala Terengganu, 10 Julai - Polis Terengganu menjalin kerjasama dengan beberapa badan sukarela untuk mengawal jenayah selain meningkatan operasi dan rondaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri ini, kata Ketua Polis Terengganu, Dato’ Rosli Ab Rahman.

Katanya, selain menggerakkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Skuad Amanita pihaknya juga bekerjasama dengan badan-badan sukarela untuk sama-sama membanteras kegiatan jenayah di kawasan mereka.

"Kita turut bekerjasama dengan Kelab Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS) serta Rakan Cegah Jenayah (RCJ) bagi sama-sama melakukan rondaan ini sepanjang sambutan hari raya nanti," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Komitmen semua pihak ini juga dapat mengurangkan kejadian pecah rumah, curi khususnya menjelang perayaan dan apabila orang ramai mula pulang ke kampung," katanya.

Katanya, penglibatan badan sukarela dan peranan penduduk setempat telah berjaya menurunkan kadar jenayah di negeri ini.

Rosli turut menasihati orang ramai yang akan pulang ke kampung untuk berhari raya supaya mengisi borang balik kampung di balai polis berdekatan beserta tempoh masa mereka akan meninggalkan rumah untuk memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah semasa ketiadaaan mereka.

-BERNAMA

ArticlePublished 10 Jul 2015 1.43 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM