Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Temui Sebahagian Tubuh Bayi Dikerat Lapan

Published: 09 Jul 2015 6.41 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tindakan kejam seorang wanita yang ingin menyembunyikan kelahiran bayinya dengan mengerat tubuh anak yang tidak berdosa itu terbongkar setelah pihak polis menemui sebahagian tubuh bayi itu di dalam mangkuk tandas rumahnya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temui-sebahagian-tubuh-bayi-dikerat-lapan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:19 MYT

Tindakan kejam seorang wanita yang ingin menyembunyikan kelahiran bayinya dengan mengerat tubuh anak yang tidak berdosa itu terbongkar setelah pihak polis menemui sebahagian tubuh bayi itu di dalam mangkuk tandas rumahnya.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt. Abd Rahim Abdullah berkata, suspek seorang anak tunggal dalam sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Manggol telah dirujuk ke Hospital Jitra kerana mengadu sakit pinggang oleh pihak keluarganya.

Suspek yang pada mulanya cuba menyorokkan kelahiran haramnya kepada doktor telah memutar belitkan cerita tentang kedudukan bayi yang telah dilahirkannya. Akibatnya, pihak polis yang terpaksa menjalankan mengambil keterangan wanita terbabit berjaya membongkar nasib yang menimpa bayi suci tersebut.

Pihak polis mengesahkan bahawa wanita terbabit akan ditahan sejurus selepas dia dibenarkan keluar dari wad bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Sinar Harian

Polis Temui Sebahagian Tubuh Bayi Dikerat Lapan
ArticlePublished 09 Jul 2015 6.41 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM