Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Temui Pisau Yang Digunakan Wanita Untuk Kerat Bayi

Published: 23 Jul 2015 8.44 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Beliau berkata, suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini telah membawa anggota polis ke tempat kejadian dengan menunjukkan senjata yang digunakannya itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-temui-pisau-yang-digunakan-wanita-untuk-kerat-bayi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 19:59 MYT

Alor Setar, 13 Julai - Polis telah menemukan senjata tajam yang digunakan oleh suspek wanita untuk memotong bayi perempuannya kepada lapan bahagian dalam kejadian yang berlaku di Kampung Manggol, Jitra.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abdul Rahim Abdullah berkata, sebilah pisau pemotong sayur berukuran 20cm ditemui dalam bekas polisterin berwarna putih dalam bilik mandi rumah datuk suspek kira-kira 6.15 petang semalam.

Beliau berkata, suspek yang dibenarkan keluar dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini telah membawa anggota polis ke tempat kejadian dengan menunjukkan senjata yang digunakannya itu.

"Polis telah merampas pisau itu untuk dijadikan barang kes," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Katanya suspek yang belum berkahwin itu telah dibebaskan dengan jaminan polis pada petang semalam sementara menunggu laporan DNA bayi.

Abdul Rahim berkata laporan penyiasatan lengkap akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk dituduh di Mahkamah Jitra mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali akan dikenakan.

Pada 7 Julai lepas, seorang wanita berusia 31 tahun ditahan berikutan penemuan beberapa bahagian bayi yang baru dilahirkan di dalam tangki tandas rumah datuknya.

- BERNAMA

ArticlePublished 23 Jul 2015 8.44 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM