Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Telah Menahan Dua Penarik Kereta

Published: 21 May 2019 2.48 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis telah menahan dua lelaki yang cuba menarik kereta seorang wanita di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-telah-menahan-dua-penarik-kereta
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 14:03 MYT


Kuala Lumpur, 21 Mei 2019 - Polis telah menahan dua lelaki yang cuba menarik kereta seorang wanita di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, Jumaat lalu.

Satu klip video berdurasi 2.03 minit yang memaparkan kejadian tersebut tular di laman Facebook semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, tangkapan pertama dibuat selepas pemandu trak tunda itu tampil menyerah diri pada jam 2.20 petang, manakala rakannya pula ditahan di sebuah hotel pada jam 11.50 malam.

Polis masih memburu seorang lagi individu dikenali sebagai Devan bagi membantu siasatan dan menggesa agar individu terbabit segera menyerah diri.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/…/Polis-tahan-dua-penarik-ke…

ArticlePublished 21 May 2019 2.48 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM