Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Telah Kenal Pasti Lima Individu Terlibat Pukul Pemandu Bas

Diterbitkan: 25 Dec 2018 10.52 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Polis mengenal pasti lima individu dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah Timur di Kuantan, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-telah-kenal-pasti-lima-individu-terlibat-pukul-pemandu-bas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:22 MYT

Polis mengenal pasti lima individu dipercayai terbabit memukul pemandu bas ekspres di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Gambang arah Timur di Kuantan, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, tangkapan akan dilakukan pada bila-bila masa selepas video memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan lelaki, tular.

“Siasatan awal kita mendapati rasa tidak puas hati menjadi punca pergaduhan. Kakitangan gerai itu juah sudah membuat laporan polismendakwa berlaku sedikit perselisihan faham antara mereka dengan pemandu bas ekspres terbabit.

“Kejadian ini tidak membabitkan pergaduhan antara kaum seperti didakwa sesetengah pihak,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi semalam, video berdurasi 1 minit 49 saat memaparkan seorang lelaki berbaju dan berseluar hitam dipukul lima lelaki selepas berlaku salah faham antara mereka.

Mangsa ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemandu bas ekspres terbabit yang kononnya mengasari seorang pelayan kedai.

Ada dakwaan mengatakan mangsa tidak mengasari pelayan berkenaan yang juga adik kepada seorang lelaki yang memukul mangsa.

Sementara itu, Mohamad Noor berkata, pemandu bas ekspres terbabit juga sudah membuat laporan polis di Kuala Terengganu berhubung kejadian terbabit.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.

Bacaan lanjut di Harian Metro

Image may contain: one or more people

ArtikelDiterbitkan 25 Dec 2018 10.52 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM