Polis Tangkap Si Licik Aktif Pecah Rumah
Polis Wangsa Maju berjaya menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di sekitar Taman Setiawangsan. Wangsa Maju setelah tertangkapnya seorang remaja lelaki berumur 17 tahun yang disyaki dalang utama kejadian jenayah tersebut.
Ketua Polis Daerah, Supt. Mohamad Roy Suhaimi berkata, pihaknya yang melakukan serbuan petang kelmarin di sebuah kawasan hutan di Gombak telah menahan si licik tersebut bersama beberapa barang berharga yang disyaki hasil dari aktiviti pecah rumah yang dilakukannya selama ini.
Hasil risikan terhadap remaja terbabit, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan.
Sumber: Kosmo