Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Tiga Lelaki Tumpas Aktiviti Geng Pemerasan Pekerja Asing 20150723

Published: 23 Jul 2015 8.32 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dengan geng melakukan pemerasan terhadap pekerja asing dalam operasi di Jalan Sungai Danga, tengah malam tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tiga-lelaki-tumpas-aktiviti-geng-pemerasan-pekerja-asing-20150723
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:03 MYT

Johor Baharu, 12 Julai- Polis menahan tiga lelaki disyaki terlibat dengan geng melakukan pemerasan terhadap pekerja asing dalam operasi di Jalan Sungai Danga, tengah malam tadi.

Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya dalam satu kenyataan di sini hari ini memaklumkan kesemua suspek yang berusia antara 20 dan 27 tahun itu ditahan dalam sekatan jalan raya.

Menurut kenyataan itu, penahanan berkenaan hasil susulan hebahan mengenai kes pemerasan di tepi jalan rumah kongsi East Ledang, Nusajaya pada kira-kira 12 tengah malam tadi.

"Polis mendapat makluman bahawa seorang lelaki Bangladesh yang bekerja sebagai buruh binaan telah dilarikan tiga lelaki tidak dikenali dengan menaiki sebuah kereta Proton Saga coklat.

"Polis kemudiannya mengesan kenderaan yang digunakan suspek di bulatan pesisiran Ledang dan memaklumkan ke Pusat Kawalan Daerah Nusajaya untuk hebahan, Ketika dikejar, kereta suspek melalui satu sekatan jalan raya dan ditahan polis," menurut kenyataan itu.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Turut dirampas ialah enam telefon bimbit pelbagai model, satu beg sandang, sebuah kereta Proton Saga, wang tunai dan sebatang kayu cota.

Hasil siasatan mendapati kumpulan itu bergiat aktif tiga bulan lepas tetapi mangsa yang terlibat tidak membuat laporan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan (Pemerasan) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.- BERNAMA

ArticlePublished 23 Jul 2015 8.32 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM