Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Suspek Dipercayai Cekik Mati Seorang Lelaki Dalam Pergaduhan

Diterbitkan: 02 Nov 2018 3.01 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Taiping, 2 Nov 2018 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes gaduh sehingga membawa kematian seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat dicekik, di sebuah rumah sewa di Jalan Panggung Wayang di sini pagi ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-suspek-dipercayai-cekik-mati-seorang-lelaki-dalam-pergaduhan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:49 MYT

Taiping, 2 Nov 2018 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes gaduh sehingga membawa kematian seorang lelaki dipercayai meninggal dunia akibat dicekik, di sebuah rumah sewa di Jalan Panggung Wayang di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Taib berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, seorang saksi mendakwa beliau sedang yang sedang tidur ketika itu, tiba-tiba terjaga selepas terdengar bunyi orang bergaduh di luar biliknya.

Menurutnya apabila saksi keluar dari biliknya, beliau nampak suspek seorang lelaki berumur lebih kurang 27 tahun sedang bergaduh dan mencekik leher mangsa. Dia cuba meleraikan pergaduhan, dan melihat mangsa yang berada dalam keadaan sesak nafas, terjatuh," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika ambulans tiba di lokasi, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mohamad berkata berdasarkan siasatan awal polis percaya pergaduhan itu berpunca daripada rasa cemburu di samping ada kaitan dengan soal kewangan, dan suspek ditahan membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Difahamkan lelaki yang meninggal dunia dikenali sebagai Lim Kok Chin, 38.

 - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Nov 2018 3.01 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM