Polis Tahan Seorang Suspek Kes Khianat Dan Letupan
George Town, 16 Julai - Polis menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes letupan dan kebakaran di Bayan Lepas, dekat sini semalam.
Ketua
Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata lelaki berumur 31
tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Sungai Ara,
Bayan Lepas.
"Polis merampas lapan 'fire work shell' iaitu sejenis mercun dalam pelbagai diameter dan sebuah motosikal yang dipercayai digunakan dalam dua kejadian itu.
"Dengan
tangkapan dan rampasan ini, polis berjaya menyelesaikan dua kes yang
berlaku awal pagi semalam dalam tempoh kurang 24 jam," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan Lokap Berpusat Bayan Baru di Balai Polis
Bayan Baru, dekat sini hari ini.
Pada
pukul 4.30 pagi semalam, polis menerima laporan kebakaran di Pusat
Komuniti Policing Jalan Sungai Ara 1, Bayan Lepas dekat sini dan
mendapati terdapat unsur khianat berikutan penemuan tong plastik berisi
minyak tanah dipercayai sebagai pencetus kebakaran.
Pada
pukul 8.50 pagi pula, polis menerima laporan kejadian letupan di sebuah
banglo di Jalan Changkat Sungai Ara 1, Bayan Lepas yang menyebabkan dua
kenderaan rosak.
Abdul
Rahim berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif
dadah jenis methaphetamin dan lelaki terbabit juga mempunyai tiga rekod
kesalahan lampau membabitkan jenayah curi dan dadah.
Mengenai lokap berpusat itu, Abdul Rahim berkata lokap yang boleh menampung 459 orang itu akan menempatkan tahanan reman.
"Kalau
suspek belum mendapat reman kami akan tempatkan mereka di Ibu Pejabat
Polis atau di balai di mana tangkapan dibuat. Bila dapat reman dan reman
itu menyatakan ditahan di lokap berpusat kita akan masukkan mereka di
sini," katanya.
Beliau
berkata lokap berpusat yang pertama di negeri ini dilengkapi 63 sel,
186 kamera litar tertutup (CCTV), pejabat dan bilik soal siasat serta
beberapa kemudahan lain.
Sumber : BERNAMA