Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan Lelaki Warga Thailand Rampas 59kg Daun Ketum

Published: 08 Jul 2015 10.07 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Alor Setar, 8 Julai- Polis merampas 59 kilogram daun ketum daripada seorang lelaki warga Thailand di pintu masuk sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-lelaki-warga-thailand-rampas-59kg-daun-ketum
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:25 MYT

Alor Setar, 8 Julai- Polis merampas 59 kilogram daun ketum daripada seorang lelaki warga Thailand di pintu masuk sempadan negara di Bukit Kayu Hitam, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abdul Rahim Abdullah berkata, polis menahan sebuah kereta dalam perjalanan ke Thailand di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bukit Kayu Hitam, pada pukul 5.30 petang.

Hasil pemeriksaan ke atas kereta dengan nombor pendaftaran Thailand itu, polis menemui beberapa bungkusan plastik lutsinar berisi daun ketum di beberapa bahagian kenderaan itu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Siasatan lanjut mendapati lelaki warga Thailand berusia 30-an itu
mendapatkan bekalan daun ketum itu daripada seorang lelaki dikenali sebagai "Mat" dari Kuala Nerang dengan harga RM30 sekilogram, kata Abdul Rahim.

Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.-BERNAMA

ArticlePublished 08 Jul 2015 10.07 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM