Polis Tahan 24 Pendatang Asing Dalam Operasi Bersepadu
Lahad
Datu, 19 Ogos - Polis menahan 24 lelaki pendatang tanpa izin selepas
membuat empat sebuan berasingan di dua lokasi sekitar bandar Lahad Datu
dalam Operasi Bersepadu/Pencegahan Jenayah awal pagi semalam.
Ketua
Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur
lingkungan 20 hingga 50 tahun itu adalah antara 62 individu termasuk
wanita, yang diperiksa dalam operasi lapan jam berkenaan.
Beliau
berkata operasi dari 4 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan 79
anggota dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan
Pendaftaran Negara, Majlis Daerah Lahad Datu, Jabatan Pertahanan Awam
dan RELA.
Katanya
seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun turut ditahan di tepi jalan
kawasan Kampung Panji kira-kira jam 10.30 pagi kerana disyaki memiliki
dadah.
Katanya
sebelum ditahan, lelaki itu dilihat berkelakuan mencurigakan dan
selepas diperiksa polis menemui satu bungkusan kecil disyaki mengandungi
dadah jenis syabu.
Beliau berkata polis, dengan kerjasama pelbagai agensi, akan mempergiat operasi bersepadu itu dari semasa ke semasa.
Beliau
menggesa masyarakat terus menyalurkan maklumat ke balai polis
berhampiran atau menghubungi bilik gerakan di talian 089-881255 bagi
melaporkan kehadiran pendatang asing di kawasan masing-masing.
Sumber : BERNAMA Online