Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Tahan 24 Pendatang Asing Dalam Operasi Bersepadu

Published: 17 Jun 2014 9.06 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Lahad Datu, 19 Ogos - Polis menahan 24 lelaki pendatang tanpa izin selepas membuat empat sebuan berasingan di dua lokasi sekitar bandar Lahad Datu dalam Operasi Bersepadu/Pencegahan Jenayah awal pagi ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-24-pendatang-asing-dalam-operasi-bersepadu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:20 MYT

Lahad Datu, 19 Ogos - Polis menahan 24 lelaki pendatang tanpa izin selepas membuat empat sebuan berasingan di dua lokasi sekitar bandar Lahad Datu dalam Operasi Bersepadu/Pencegahan Jenayah awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsudin Mat berkata lelaki berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun itu adalah antara 62 individu termasuk wanita, yang diperiksa dalam operasi lapan jam berkenaan.

Beliau berkata operasi dari 4 pagi hingga 12 tengah hari itu melibatkan 79 anggota dari Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Majlis Daerah Lahad Datu, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA.

Katanya seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun turut ditahan di tepi jalan kawasan Kampung Panji kira-kira jam 10.30 pagi kerana disyaki memiliki dadah.

Katanya sebelum ditahan, lelaki itu dilihat berkelakuan mencurigakan dan selepas diperiksa polis menemui satu bungkusan kecil disyaki mengandungi dadah jenis syabu.

Beliau berkata polis, dengan kerjasama pelbagai agensi, akan mempergiat operasi bersepadu itu dari semasa ke semasa.

Beliau menggesa masyarakat terus menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan di talian 089-881255 bagi melaporkan kehadiran pendatang asing di kawasan masing-masing.

Sumber : BERNAMA Online

ArticlePublished 17 Jun 2014 9.06 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM