Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sudah Tahan Pelajar Pukul Rakan Sampai Kejang

Published: 27 Jun 2019 2.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Padah memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sudah-tahan-pelajar-pukul-rakan-sampai-kejang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:23 MYT


Padah memburukkan rakan, seorang remaja lelaki cedera di muka, kepala dan dada selepas ditendang dan ditumbuk dua rakan pelajar lelaki dalam pergaduhan di taman permainan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Shahurinain Jais berkata, mangsa berada di sebuah bengkel motosikal di Taman Setia Indah sebelum menerima panggilan telefon daripada rakannya.

Menurutnya, rakannya itu meminta mangsa yang berusia 15 tahun dari Bandar Jaya Putra berjumpanya di taman permainan berkenaan kira-kira 3.30 petang.

“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.

“Kemudiannya berlaku pertengkaran antara mereka bertiga sebelum dua rakannya itu menendang dan menumbuk muka, kepala dan dada mangsa sebelum beredar.

“Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa hanya datang ke Balai Polis Setia Indah untuk membuat laporan pada 6.12 petang hari ini.

Katanya, bertindak atas laporan itu sepasukan polis menahan dua remaja lelaki di rumah mereka di Taman Daya.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan terbabit disebabkan mangsa memburukkan nama dan perangai suspek kepada orang lain.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan dan kami akan mendapatkan perintah reman,” katanya.


ArticlePublished 27 Jun 2019 2.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM