Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Siasat Dakwaan Rokok Elektronik Perisa Ganja

Published: 27 Jul 2015 7.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 27 Julai - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-siasat-dakwaan-rokok-elektronik-perisa-ganja
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:53 MYT


Kuala Lumpur, 27 Julai - Polis menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata pasukan ini akan menyiasat sejauh mana penggunaannya.

"Saya telah mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi mengumpul maklumat dan menyiasat penggunaan rokok elektronik berperisa ganja.

"Kita akan lihat dari segi perundangan dan akan mengambil tindakan tegas kepada mereka ini sekiranya ia benar (wujud)," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan wujudnya bancuhan perisa rokok elektronik yang mengandungi ekstrak ganja sebagai bahan utama. - BERNAMA


ArticlePublished 27 Jul 2015 7.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM