Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

POLIS SHAH ALAM GEMPUR SERI MUDA, TAHAN 97 PATI

Diterbitkan: 10 Oct 2018 2.54 AM Dikemas kini: 24 Aug 2026 1.15 PM
Shah Alam, 10 September 2018- Seramai 97 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas pihak berkuasa menggempur kawasan sekitar plaza dan pekan Seri Muda, Seksyen 25 di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-shah-alam-gempur-seri-muda-tahan-97-pati-20181010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:35 MYT

Shah Alam, 10 September 2018- Seramai 97 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan selepas pihak berkuasa menggempur kawasan sekitar plaza dan pekan Seri Muda, Seksyen 25 di sini, semalam.

Operasi yang bermula pukul 11 pagi itu disertai 300 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, serbuan tersebut dilakukan selepas pihaknya menerima aduan awam dan hasil risikan pihaknya tentang kehadiran warga asing di kawasan berkenaan.

Menurutnya, operasi bersepadu bersama beberapa agensi kerajaaan lain itu telah memeriksa hampir 500 warga asing.

"Semua warga asing tersebut dibawa ke Balai Polis Seri Muda untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan itu, kita berjaya menahan 97 orang warga asing membabitkan 87 lelaki, sembilan perempuan dan seorang bayi perempuan.

"Mereka terdiri daripada 39 warga Bangladesh, Nepal (23), India (10), Indonesia (9), Myanmar (9), Kemboja (3), Pakistan (2) dan masing-masing seorang Vietnam dan Filipina," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, kesemua PATI yang berusia setahun hingga 40-an itu kemudiannya diserahkan kepada pihak Imigresen untuk tindakan lanjut.

"Kesemua PATI berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15 (1)(c) kerana tinggal lebih masa," katanya.

Dalam pada itu, Baharudin berkata, dalam operasi bersepadu itu juga pihaknya berjaya menahan tiga lelaki tempatan berusia 30 hingga 40-an kerana didapati positif dadah.

"Ketiga-tiga lelaki ini telah dibawa ke IPD Shah Alam untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Sumber : Kosmo

ArtikelDiterbitkan 10 Oct 2018 2.54 AMDikemas kini 24 Aug 2026 1.15 PM