Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Serbu Restoran Dijadikan Port Judi Online

Published: 18 Sep 2018 12.28 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kuala Lumpur - Guna khidmat jaga air untuk tapis identiti kaki judi selain memastikan hanya kaki judi tulen saja dibenarkan menyertai kegiatan pertaruhan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-serbu-restoran-dijadikan-port-judi-online
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:57 MYT

Kuala Lumpur - Guna khidmat jaga air untuk tapis identiti kaki judi selain memastikan hanya kaki judi tulen saja dibenarkan menyertai kegiatan pertaruhan.

Tapisan ketat ini dikesan dilakukan 'jaga air' dalam kalangan lelaki tempatan yang berkemampuan mengendalikan pertaruhan judi dalam talian menggunakan telefon pintar atau tablet.

Terbaru pihak polis Daerah Subang Jaya mengesan aktiviti 'jaga air' yang menjadikan restoran di daerah ini sebagai markas operasi.

Berdasar maklumat diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya melakukan serbuan di sebuah restoran di Taman Puchong Prima di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 1 pagi itu, polis menyerbu restoran berkenaan yang dijadikan 'markas' berkumpul untuk berjudi.

Ketua Polis Derah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, poolis menahan tiga individu termasuk dua wanita warga asing disyaki juruwang sindiket berkenaan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti berikut..

ArticlePublished 18 Sep 2018 12.28 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM