Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Selesai 10 Kes Samun Dengan Penahanan Dua Lelaki

Published: 17 Jun 2014 8.42 AM Updated: 15 Aug 2026 7.42 PM
Johor Bahru, 13 Ogos - Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah, seorang daripadanya bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat, ditahan kira-kira 20 minit selepas mereka menyamun sebuah rumah mewah di Sen..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selesai-10-kes-samun-dengan-penahanan-dua-lelaki
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:52 MYT

Johor Bahru, 13 Ogos - Dua lelaki yang mempunyai rekod jenayah, seorang daripadanya bekas tahanan di bawah Ordinan Darurat, ditahan kira-kira 20 minit selepas mereka menyamun sebuah rumah mewah di Senggarang, dekat Batu Pahat, Selasa lepas.

Kedua-dua lelaki yang menaiki kereta Honda Civic itu ditahan pada pukul 6.15 petang dan dengan penahanan mereka, polis percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun di Batu Pahat dan bandar raya ini, kata Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan itu, polis menemui sebilah parang, dua telefon bimbit, dua beg dipenuhi spanar, serangkai kunci, allen key dan wang tunai dalam mata wang Malaysia dan asing.

"Semakan pula mendapati kereta itu merupakan kereta yang dilapor hilang di kawasan Majidee. " katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai rekod berkaitan samun dan penyalahgunaan dadah manakala bekas tahanan Ordinan Darurat itu dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam, Kluang, tahun lepas.
 
Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.42 AMUpdated 15 Aug 2026 7.42 PM