Polis Selamatkan 14 Wanita Dari Dijadikan Hamba Seks
Unit
Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman
berjaya menyelamatkan 14 wanita warga asing daripada dijadikan hamba
seks di sebuah restoran mewah di Jalan Inai, di Kuala Lumpur, semalam.
Walaupun
dijanjikan pekerjaan, mereka sebenarnya dipaksa menjadi hamba seks
dengan menari bagai dalam filem Bollywood. Lebih malang apabila mereka
turut dipaksa menelan pil khayal untuk melayan pelanggan di luar premis.
Asisten
Superintendan Shahrul Nizam Jaafar yang mengetuai serbuan berkenaan
berkata, semakan awal mendapati wanita yang diselamatkan adalah
warganegara Nepal, Bangladesh dan Pakistan yang memiliki pas lawatan
sosial tamat tempoh.
Menurutnya, wanita berkenaan juga dipercayai dibida sehingga RM500 sebelum dibawa keluar untuk tujuan seks.

Sumber : Akhbar Sinar Harian