Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Selamatkan 14 Wanita Dari Dijadikan Hamba Seks

Published: 17 Jun 2014 7.58 AM Updated: 15 Aug 2026 7.44 PM
Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman berjaya menyelamatkan 14 wanita warga asing daripada dijadikan hamba seks di sebuah restoran mewah di Jalan Inai, di Kuala Lum..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-selamatkan-14-wanita-dari-dijadikan-hamba-seks
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:03 MYT

Unit Maksiat Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman berjaya menyelamatkan 14 wanita warga asing daripada dijadikan hamba seks di sebuah restoran mewah di Jalan Inai, di Kuala Lumpur, semalam.

Walaupun dijanjikan pekerjaan, mereka sebenarnya dipaksa menjadi hamba seks dengan menari bagai dalam filem Bollywood. Lebih malang apabila mereka turut dipaksa menelan pil khayal untuk melayan pelanggan di luar premis.

Asisten Superintendan Shahrul Nizam Jaafar yang mengetuai serbuan berkenaan berkata, semakan awal mendapati wanita yang diselamatkan adalah warganegara Nepal, Bangladesh dan Pakistan yang memiliki pas lawatan sosial tamat tempoh.

Menurutnya, wanita berkenaan juga dipercayai dibida sehingga RM500 sebelum dibawa keluar untuk tujuan seks.

Polis Selamatkan 14 Wanita Dari Dijadikan Hamba Seks

Sumber : Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 17 Jun 2014 7.58 AMUpdated 15 Aug 2026 7.44 PM