Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Sabah Kerah 263 Anggota Dalam Op Selamat 7

Published: 10 Jul 2015 1.44 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kota Kinabalu, 10 Julai - Sebanyak 263 anggota polis daripada semua jabatan kontinjen Sabah terlibat dalam Op Selamat 7 sempena kempen musim perayaan Aidilfitri, yang dijalankan selama 15 hari bermula hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-sabah-kerah-263-anggota-dalam-op-selamat-7
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:25 MYT


Kota Kinabalu, 10 Julai - Sebanyak 263 anggota polis daripada semua jabatan kontinjen Sabah terlibat dalam Op Selamat 7 sempena kempen musim perayaan Aidilfitri, yang dijalankan selama 15 hari bermula hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Awang Sahari EM Nadzeer berkata, daripada jumlah itu sebanyak 49 pegawai dan 214 anggota akan bertugas bersama-sama agensi lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bagi membuat pemantauan serta rondaan keselamatan.

"Anggota akan menjalankan pemantauan di jalan raya serta rondaan keselamatan di kawasan perumahan termasuk di kawasan perairan yang turut dibantu oleh agensi-agensi yang lain,"katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Op Selamat 7/2015, di sini.

Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 30 lokasi di setiap daerah di negeri ini dikenal pasti sebagai kawasan yang sering berlakunya kemalangan jalan raya dan susulan itu anggota polis yang bertugas akan menjalankan rondaan di kawasan dianggap 'panas'.

Awang Sahari turut menasihatkan penghuni rumah yang akan bercuti supaya memaklumkan kepada pihak polis dengan mengisi borang yang boleh didapati di setiap balai polis daerah.

Katanya, ia bagi memudahkan rondaan dijalankan di kawasan perumahan bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah khususnya jenayah pecah rumah.

- BERNAMA

ArticlePublished 10 Jul 2015 1.44 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM