Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Syabu Rm90 000

Diterbitkan: 17 Jun 2014 7.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.44 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 5.00 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-syabu-rm90-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:58 MYT

Kuala Lumpur, 9 Julai - Polis merampas dadah jenis syabu seberat 502 gram bernilai RM90,000 yang disyaki untuk pasaran dalam negara setelah menahan seorang lelaki warga Nigeria di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Julai lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Noor Rashid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan pada pukul 5.00 petang oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

"Ketika ditahan suspek sedang berjalan kaki di Jalan Teknologi, Kota Damansara PJU 5 dan pemeriksaan mendapati suspek membawa sebuah kotak bijirin makanan yang di dalamnya mengandungi satu peket plastik berisi serbuk kristal disyaki dadah syabu.

“Dadah yang ditemui telah dirampas dan suspek dibawa balik ke balai polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mendapatkan lebih maklumat jika suspek ada menganggotai mana-mana sindiket dadah dan tindakan sewajarnya akan diambil.

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 7.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.44 PM