Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Rm4 7 Juta Wang Hasil Perjudian

Diterbitkan: 11 Oct 2018 12.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
KUALA LUMPUR - Sebanyak RM4.7 juta wang hasil perjudian dirampasPolis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga September lalu dalam serbuan Ops Dadu Khas di seluruh negara.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-rm4-7-juta-wang-hasil-perjudian
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:40 MYT

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM4.7 juta wang hasil perjudian dirampasPolis Diraja Malaysia (PDRM) sejak Januari hingga September lalu dalam serbuan Ops Dadu Khas di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, sebanyak 12,449 serbuan dilakukan yang membawa kepada tangkapan 22,300 individu sepanjang tempoh sembilan bulan tersebut.

Dalam serbuan sama, beliau berkata, sebanyak 19,502 buah komputer, 3,293 mesin simulator serta 4,480 tablet yang digunakan untuk kegiatan judi dirampas.

"Pihak polis tidak pernah berkompromi dengan aktiviti perjudian tanpa lesen, tidak kira ia membabitkan mesin judi, loteri haram, taruhan mahupun judi dalam bangunan " katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sumber- KOSMO

Polis Rampas Rm4 7 Juta Wang Hasil Perjudian

ArtikelDiterbitkan 11 Oct 2018 12.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM