Polis Rampas Mercun Pelbagai Jenis Bernilai Rm12 000
Kuala Terengganu, 5 Ogos - Orang ramai dinasihat agar tidak menjual atau membeli mercun dan bunga api pada musim perayaan ini kerana ia merupakan satu kesalahan.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata Ops Mercun akan
diteruskan sehingga hari raya bagi memantau serta membanteras aktiviti
penjualan mercun dan bunga api di negeri ini.
"Orang
ramai diingatkan agar tidak membeli sebarang mercun dan bunga api
kerana ia dijual tanpa permit, dan menjadi satu kesalahan mengikut
undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau
berkata setakat ini, polis Terengganu merampas mercun serta bunga api
pelbagai jenis bernilai kira-kira RM12,00O di seluruh negeri sejak awal
Ramadan dan semua rampasan itu dilakukan di bazar Ramadan, pasar selain
rumah kediaman.
Katanya, seramai 24 orang ditahan melibatkan 21 kes. "Sebanyak lapan kes telah didakwa di mahkamah manakala 16 lagi masih dalam siasatan untuk didakwa dalam masa terdekat.
"Daripada
jumlah itu, daerah Kuala Terengganu mencatat rampasan paling banyak
iaitu melibatkan tujuh kes dan sembilan tangkapan, diikuti daerah Dungun
dengan empat kes serta enam tangkapan," katanya sambil menambah kes
disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman
maksimum penjara
tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sumber : BERNAMA