Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas Mercun Pelbagai Jenis Bernilai Rm12 000

Published: 17 Jun 2014 8.31 AM Updated: 15 Aug 2026 7.43 PM
Kuala Terengganu, 5 Ogos - Orang ramai dinasihat agar tidak menjual atau membeli mercun dan bunga api pada musim perayaan ini kerana ia merupakan satu kesalahan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-mercun-pelbagai-jenis-bernilai-rm12-000
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:24 MYT
acing="0" cellpadding="0" border="0" align="left" style="font-size: 11px;" class="content_kandungan">

Kuala Terengganu, 5 Ogos - Orang ramai dinasihat agar tidak menjual atau membeli mercun dan bunga api pada musim perayaan ini kerana ia merupakan satu kesalahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata Ops Mercun akan diteruskan sehingga hari raya bagi memantau serta membanteras aktiviti penjualan mercun dan bunga api di negeri ini.

"Orang ramai diingatkan agar tidak membeli sebarang mercun dan bunga api kerana ia dijual tanpa permit, dan menjadi satu kesalahan mengikut undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini, polis Terengganu merampas mercun serta bunga api pelbagai jenis bernilai kira-kira RM12,00O di seluruh negeri sejak awal Ramadan dan semua rampasan itu dilakukan di bazar Ramadan, pasar selain rumah kediaman.

Katanya, seramai 24 orang ditahan melibatkan 21 kes. "Sebanyak lapan kes telah didakwa di mahkamah manakala 16 lagi masih dalam siasatan untuk didakwa dalam masa terdekat.

"Daripada jumlah itu, daerah Kuala Terengganu mencatat rampasan paling banyak iaitu melibatkan tujuh kes dan sembilan tangkapan, diikuti daerah Dungun dengan empat kes serta enam tangkapan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman maksimum penjara
tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 8.31 AMUpdated 15 Aug 2026 7.43 PM