Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm280 Ribu Tahan Dua Lelaki

Diterbitkan: 08 Feb 2019 2.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 13.323 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai kira-kira RM280,212 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sialang, Tangkak, Johor, pada 24 Februari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-dadah-bernilai-lebih-rm280-ribu-tahan-dua-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:12 MYT

Polis merampas pelbagai jenis dadah seberat 13.323 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai kira-kira RM280,212 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Sialang, Tangkak, Johor, pada 24 Februari lalu.

Ketika serbuan, polis mendapati dua lelaki warga tempatan berusia 35 dan 36 tahun berada dalam rumah berkenaan. Bagaimanapun, pemeriksaan di dalam rumah tidak menemui barang yang menyalahi undang-undang.

Pihak polis kemudian membuat pemeriksaan terhadap dua buah kenderaan dan menemui pelbagai jenis dadah serta wang tunai dipercayai hasil jualan dadah sebanyak RM3,449.

Rampasan dadah termasuk heroin seberat 9.3607 kg; syabu (1.4623 kg); kafein (0.9656 kg); pil ecstasy (670 biji) dan pil eramin 5 sebanyak 4,200 biji.

Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah dan juga memiliki tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan seorang daripadanya turut memiliki satu rekod berkaitan jenayah.

Kedua-dua suspek kini direman selama seminggu hingga 3 Mac 2019 bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Keratan akhbar: Berita Harian

Polis Rampas Dadah Bernilai Lebih Rm280 Ribu Tahan Dua Lelaki

ArtikelDiterbitkan 08 Feb 2019 2.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM