Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Rampas 104 3kg Dadah Kejayaan Terbesar Di Sabah

Published: 12 Nov 2018 1.30 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Tawau, 12 November 2018 - Tindakan empat lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah menjerat diri apabila mereka ditahan bersama dadah disyaki syabu seberat 104.3 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5.2 juta dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-rampas-104-3kg-dadah-kejayaan-terbesar-di-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:58 MYT

Tawau, 12 November 2018 - Tindakan empat lelaki dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah menjerat diri apabila mereka ditahan bersama dadah disyaki syabu seberat 104.3 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM5.2 juta dalam dua serbuan berasingan di daerah ini pada Jumaat lalu.

Keempat-empat suspek berusia 31 hingga 39 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur serta Johor itu ditangkap hasil risikan dan maklumat yang diterima pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat PolisKontinjen Sabah (IPK).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, dalam serbuan pertama tiga suspek berjaya ditahan di Jalan Haji Karim dekat sini kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

"Hasil tangkapan terbabit pihak kami menemui 20 bungkus plastik teh Cina berisi syabu di dalam empat beg berwarna hitam yang diletakkan dalam kenderaan suspek.

"Susulan penahanan ketiga-tiga lelaki berkenaan telah membawa kepada seorang lagi suspek di Jalan Bunga Off Jalan Masjid pada hari yang sama," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah dan Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus.

Menurut beliau, rampasan dadah itu adalah yang terbesar di Sabah setakat ini dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti dalang utama sindiket penyeludupan dadah ke negeri ini.

Kesemua suspek kini direman sehingga 16 November depan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Polis Daerah Tawau dan Kosmo! Online

ArticlePublished 12 Nov 2018 1.30 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM