Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Pulau Pinang Nafi Terlibat Dalam Majlis Makan Malam Skuad 69

Published: 22 Oct 2018 7.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Pulau Pinang, 22 Oktober 2018 – Polis negeri ini menafikan terlibat dalam penganjuran majlis Makan Malam Kenangan bersama Ahli Kehormat dan Ahli Korporat Skuad 69 PDRM Pulau Pinang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-nafi-terlibat-dalam-majlis-makan-malam-skuad-69
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:06 MYT

Pulau Pinang, 22 Oktober 2018 – Polis negeri ini menafikan terlibat dalam penganjuran majlis Makan Malam Kenangan bersama Ahli Kehormat dan Ahli Korporat Skuad 69 PDRM Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata, polisnegeri ini juga tidak membuat sebarang kewangan bagi majlis itu yang dijadual berlangsung jam 8 malam, 3 November ini di Safira Country Club, di sini.

Menurut beliau, penafian itu dibuat bagi mengelak sebarang spekulasi dan tanggapan buruk orang ramai khasnya kepada polis negeri ini dan PolisDiraja Malaysia (PDRM) amnya.

“Bagaimanapun, polis negeri ini tiada halangan terhadap penganjuran majlis tersebut dan mana-mana pihak yang mempunyai kemusykilan mengenai perkara ini boleh menghubungi Bahagian Hal Ehwal Awam, Pesara Polis, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di talian 04-2221519,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Polis Pulau Pinang Nafi Terlibat Dalam Majlis Makan Malam Skuad 69

ArticlePublished 22 Oct 2018 7.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM