Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Pulau Pinang Lupus Lebih 800 Kg Dadah Bernilai Rm8 8 Juta

Diterbitkan: 16 Oct 2018 6.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kepala Batas, 16 Oktober 2018 - Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 836.17 kilogram (kg), air dan daun ketum serta mesin memproses pil ekstasi dan psikotropik bernilai RM8.8 juta hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-pulau-pinang-lupus-lebih-800-kg-dadah-bernilai-rm8-8-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 13:46 MYT

Kepala Batas, 16 Oktober 2018 - Polis Pulau Pinang melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 836.17 kilogram (kg), air dan daun ketum serta mesin memproses pil ekstasi dan psikotropik bernilai RM8.8 juta hari ini.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata pelupusan dadah itu melibatkan kes yang telah selesai dibicarakan sejak tahun 2001 hingga 2017 dengan membabitkan 2,684 kertas siasatan di lima daerah di Pulau Pinang.

Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk melupuskan semua dadah itu, antaranya ganja sebanyak 695.71kg; heroin (7.35kg); ketamin (1.67kg); methamphetamine (130.05kg); kafein (1.39kg); dan air ketum 257.41 liter serta daun ketum 0.038kg.

"Kami turut melupuskan mesin memproses pil-pil ekstasi dan psikotropik serta pelbagai bahan kimia cecair dan serbuk yang digunakan bagi memproses dadah seperti cecair etanol, asid kimia, kloroform dan dosium sulfat," katanya kepada pemberita di Stor Berpusat Kontijen Polis Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan pelbagai jenis dadah itu kepada Kualiti Alam Sdn Bhd (Kualiti Alam) untuk dimusnahkan di premis syarikat itu di Seremban, Negeri Sembilan.

Roslee berkata sejak Januari hingga semalam, sebanyak lapan makmal haram dadah di Pulau Pinang berjaya ditumpaskan dan polis merampas pelbagai jenis bahan terlarang itu bernilai lebih RM100 juta.

Sumber : BERNAMA, FB PDRM Pulau Pinang

Polis Pulau Pinang Lupus Lebih 800 Kg Dadah Bernilai Rm8 8 Juta

ArtikelDiterbitkan 16 Oct 2018 6.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM