Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Polis Nafi Kes Tetak Seorang Wanita

Published: 03 Oct 2018 2.04 PM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Polis menafikan kejadian seorang wanita cedera ditetak di kepala akibat disamun empat lelaki bersenjata dalam kejadian di Bandar Putra, Kulai, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-nafi-kes-tetak-seorang-wanita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:53 MYT

Polis menafikan kejadian seorang wanita cedera ditetak di kepala akibat disamun empat lelaki bersenjata dalam kejadian di Bandar Putra, Kulai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, wanita terbabit bagaimanapun menjadi mangsa samun empat lelaki bertopeng di lokasi itu.

Katanya, dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa yang tinggal bersama dua anak perempuan dan seorang anak saudara perempuan didatangi empat lelaki bertopeng.

“Suspek yang bersenjatakan pisau mengambil barangan dalam rumah mangsa seperti televisyen, telefon bimbit dan barangan kemas.

“Seorang suspek menunggu dalam Perodua Alza, manakala tiga yang lain masuk ke rumah mangsa,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Katanya, semakan terhadap nombor pendaftaran digunakan pada kenderaan itu didapati palsu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan,” katanya.

Terdahulu tular di media sosial mengenai seorang wanita didakwa cedera akibat ditetak di kepala dalam kejadian samun bersenjata lima lelaki, di Jalan Merpati 3, Bandar Putra. - HARIAN METRO ONLINE

Polis Nafi Kes Tetak Seorang Wanita

 
ArticlePublished 03 Oct 2018 2.04 PMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM